Pages

Subscribe:
Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday 29 October 2012

Checkup

Lamanya tak post ke sini kan...ntahla banyak sangat benda yang nak dibuat sampaikan tak dan nak menulis...kepala pun duk fikir benda lain...macam macam la...

Ma nia ingat nak bersalin kat gomen so buatla buku pink ari khamis lepas. Tak de la ramai orang pun, nurse tu kata maybe sebab ramai orang dah balik beraya...so nasib la ma nia xde la kena tunggu lama berjanggut hehe...

Nama pun first time kan, rupanya nak daftar tu kena tus amik urin nak test gula dalam badan, ma nia tatau. Nurse boleh cakap kuat 'ehh die ni dah lama tunggu tak de orang bagitau ke kena amik urin dulu?' hehe...hubby ma nia gelak je tengok ma nia kena juga beratur untuk test urin...die kata, kelakar la tengok orang beso2 perut tetiba sume beratur'...

Pehtu timbang berat n tinggi lak...baru buat buku...Macam-macam la detail yang dia interview. Pehtu kena amik darah pulak n baru la dapat jupe dengan dr...die scan baby 3.6 - so edd 20 May 2013.

Balik umah, berehat...rancang petang tu nak balik kampung, sekali miss v rasa macam pedih-pedih. ase cam period. Pegi toilet, rupanya ma nia bleeding...jerit kat husband, terus petang tu bergegas ke klinik gynea ma nia lak...

Sampai je nurse soh wat urin test, tetiba keluar 2 keping darah beku...lagi la ma nia ase nak nangis. Cerita kat dr, then scan...dr kata' 'tengok baby tengah sihat tu...'. nampak baby tengah berakrobatik...jantung die jelas sangat berdegup-degup...kaki dan tangan die tergawang-gawang di atas...husband tergelak besar tengok. Bila scan, baby 2.8 - edd 22 May 2013. Cyst pula makin mengecut, syukur alhamdulillah, dari 6.8cm mengecut ke 3cm...harap-harap lepas ni die makin mengecut lagi.

Lepas tu, inject lagi Im Proluton, progesteron syntetic yg boleh membantu kuatkan rahim...Nurse tu kata, ma nia punya uri ke bawah, jadi mudah nak bleeding. tapi jangan risau, katanya, sebab lepas ni uri akan naik juga ke atas.

Ni pic baby ma nia...:)

p/s takde idea kenapa besar baby tak sama kat kk n gynea nih...padahal captured pada hari yang sama.

Thursday 4 October 2012

Dele 7w4d

Ultrasound ni masa 7w4d. Sac nampak besar dari yg sebelum nih...sebelum nih nampak dot jek...n nampak benda bergerak-gerak kat dalam tu, tu la dele...ni cuma ultrasound dari peyut jek, kalau tak nampak apa-apa baru tengok ikut bawah... Syukur skg dele pun dah besar kurang 2 cm...comel sangat-sangat...

Oleh kerana berat ma nia dah turun, dr bagi macam-macam vitamin. Nak menelan tu satu hal pulak. Ma nia dah tak ada selera makan dah. Bau ikan goreng pun dah loya-loya tak ingat. Sian dele...Ni dah 2 hari makan nasi berlaukkan sup telur...semalam baru selera sikit, ma nia makan udang masak merah...itu pun jamah nasi sikit jek...klu tak, ma nia ni kuat makan selalunya 2 kali tambah nasik...

Sebelum ni ma nia jarang sangat makan biskut. Ni kali ni, biskut yang dah lama tersimpan ma nia keluarkan semula...n bangun-bangun tidur je makan biskut, nak keluar bilik makan biskut, buat keje pun sambil makan biskut. ala...biskut cream cracker 4 segi tuh...at least perut sedap sikit bila makan biskut nih...apa boleh buat kan, nak makan nasi dah tak selera dah, tapi kena juga makan sebab nak jaga baby nih...sian kang baby kelaparan...

K la nanti ma nia tulis lagi kalau ade update apa-apa...InsyaAllah....


Wednesday 3 October 2012

2nd visit

Salam semua...ma nia terpikir yang ma nia nak mulakan tulisan after confirmed pregnancy n segalanya di sini pula. Blog ttc yang satu lagi ma nia tak abaikan, kalau ade info terbaru berkenaan ttc ma nia akan update jugak di sana...

Ma nia sebenarnya dah lama nak menulis di sini, cuma bila blog dah bertukar interface macam susah nak post, mencarik-carik...tapi selagi tak buka blog ni mesti tak familiar dengan perubahan interface blogger yang baru nih...

Ma nia nak update mengenai perkembangan pregnancy ma nia. Tiga hari lepas ma nia dah pegi klinik jupe dengan dr. Nampaknya sac dah makin membesar, dan ade gak nampak baby tengah berenang-renang kat tengah tu. Papa dele sikit lagi nak nangis, terharu tengok ultrasound tu...dr try measure dele, die kata dele masih lagi kecik, tak sampai 2 cm pun lagi...comelnya dele...

Cuma bad news, ma nia ade cyst yang agak besar...huhu..sedihnya tapi nak buat cemana. Dr bagitau, selalunya cyst bila die membesar sampai 8cm die akan meletup n hilang. Mudah-mudahan cyst ni takat air je, bukannya benda yang bahaya. mudah-mudahan. aminnn..

Nanti ma nia attach ultrasound pic ya...