Pages

Subscribe:

Monday 29 October 2012

Checkup

Lamanya tak post ke sini kan...ntahla banyak sangat benda yang nak dibuat sampaikan tak dan nak menulis...kepala pun duk fikir benda lain...macam macam la...

Ma nia ingat nak bersalin kat gomen so buatla buku pink ari khamis lepas. Tak de la ramai orang pun, nurse tu kata maybe sebab ramai orang dah balik beraya...so nasib la ma nia xde la kena tunggu lama berjanggut hehe...

Nama pun first time kan, rupanya nak daftar tu kena tus amik urin nak test gula dalam badan, ma nia tatau. Nurse boleh cakap kuat 'ehh die ni dah lama tunggu tak de orang bagitau ke kena amik urin dulu?' hehe...hubby ma nia gelak je tengok ma nia kena juga beratur untuk test urin...die kata, kelakar la tengok orang beso2 perut tetiba sume beratur'...

Pehtu timbang berat n tinggi lak...baru buat buku...Macam-macam la detail yang dia interview. Pehtu kena amik darah pulak n baru la dapat jupe dengan dr...die scan baby 3.6 - so edd 20 May 2013.

Balik umah, berehat...rancang petang tu nak balik kampung, sekali miss v rasa macam pedih-pedih. ase cam period. Pegi toilet, rupanya ma nia bleeding...jerit kat husband, terus petang tu bergegas ke klinik gynea ma nia lak...

Sampai je nurse soh wat urin test, tetiba keluar 2 keping darah beku...lagi la ma nia ase nak nangis. Cerita kat dr, then scan...dr kata' 'tengok baby tengah sihat tu...'. nampak baby tengah berakrobatik...jantung die jelas sangat berdegup-degup...kaki dan tangan die tergawang-gawang di atas...husband tergelak besar tengok. Bila scan, baby 2.8 - edd 22 May 2013. Cyst pula makin mengecut, syukur alhamdulillah, dari 6.8cm mengecut ke 3cm...harap-harap lepas ni die makin mengecut lagi.

Lepas tu, inject lagi Im Proluton, progesteron syntetic yg boleh membantu kuatkan rahim...Nurse tu kata, ma nia punya uri ke bawah, jadi mudah nak bleeding. tapi jangan risau, katanya, sebab lepas ni uri akan naik juga ke atas.

Ni pic baby ma nia...:)

p/s takde idea kenapa besar baby tak sama kat kk n gynea nih...padahal captured pada hari yang sama.

6 comments:

  1. Eh jayfarhana pun bleeding mcm ni klo ikut entry die tu. Maknanya, ada kmungkinan blh bleeding cmni la time pregnancy. Mesti cuak mommy to be. (thnks share story utk ktorg)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Blog hopping pagi2 ni n terjumpe blog mrsniazara..pastu dah jumpe ke blog nih..as a PCOSer,awk inspiring kami2 yg membaca ni..keep up the good writings..:)

    ReplyDelete
  3. bestnya buat chek up perut..hehe

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikim Nia tahniah dah berjaya pregnant, boleh kita berkongsi buat treatment? wawa nak tanya natural progesteron beli kat mana ya? terima kasih Nia, jaga diri n baby

    ReplyDelete
  5. salam, nak tny, saya ada baca dlm blog awk sblm ni, awk amik shatavri dan susu al khisbun pada hr yg sama. ok ke? camne cr awk mkn, leh emel sy tak di hanacollection84@gmail.com. thanks

    ReplyDelete
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete